KUALA LUMPUR – Selepas 15 tahun tidak aktif dalam dunia hiburan, band Tamil popular, Kashmir Stone kini kembali dengan dianggotai tiga ahli menerusi sebuah album baharu.
Sebagai keunikannya, abang kepada pelakon sensasi Emma Maembong, Bakri Maembong turut dipilih menjadi salah seorang daripada anggota baharu kumpulan Kashmir Stone.
Vokalisnya, John Guna, Kashmir Stone juga dibarisi dua ahli baru iaitu Aznizam Johari (dram).
“Mereka merupakan pemuzik yang sangat berpengalaman dan telah memberikan hasil yang terbaik untuk album baharu.
“Ketika ini kami semakin membentuk keserasian dan memiliki hubungan sangat baik sesama sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Nama Kashmir Stone mungkin ramai peminat muzik muda kurang mengenali kumpulan rock ini namun band itu merupakan satu nama besar yang seiring populairitinya dengan Wings dan Search suatu ketika dahulu.
Kini kumpulan rock yang pernah popular dengan lagu Setiap Malam kembali memeriahkan industri seni dengan single baharu, Road Tilley.
John memberitahu kemunculan semula Kashmir Stone bertitik tolak daripada sokongan dan cadangan peminat yang membesar dengan lagu-lagu mereka sejak dahulu.
“Sebenarnya saya sudah tidak berminat kembali dalam dunia seni tetapi apabila terdapat peminat yang datang kepada saya meminta untuk saya kembali berkarya.
“Jadi saya rasa terpanggil untuk memberikan sesuatu buat peminat setia Kashmir Stone,” tambahnya yang berusia 47 tahun.
Sementara itu, penggambaran muzik video Road Tilley telah diadakan di Pulau Carey, Klang, Selangor baru-baru ini.
Muzik video lagu tersebut berkonsepkan Tamil Nadu dan melibatkan babak-babak tarian dan lakonan daripada anggota band itu sendiri.
Lagu tersebut berkisar tentang sikap pemandu tidak bertanggungjawab di atas jalan raya dan konsep kepolisan serta kemasyarakatan cukup kena dengan jalan cerita lagu tersebut.
Uniknya album terbaharu Kashmir Stone, sebanyak 10 buah lagu dimuatkan dan dua daripadanya merupakan lagu berbahasa Melayu. – MalaysiaGazette