Home Utama Raja Petra dapat notis amaran dari Jack Ma

Raja Petra dapat notis amaran dari Jack Ma

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma.

KUALA LUMPUR – Blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin telah menarik balik artikelnya melibatkan jutawan China, Jack Ma.

Ia ekoran artikel bertajuk Jack Ma Slash Pakatan Harapan yang dikeluarkan dalam Malaysia Today itu menerima notis amaran rasmi daripada Alibaba Group Holding Ltd di China semalam.

Notis berkenaan ditandatangani Timbalan Naib Presiden kumpulan berkenaan, Albert Liu.

WhatsApp Image 2019-03-29 at 11.49.23 AM

Albert juga berkata, dakwaan Raja Petra tidak benar dan merosakkan merosakkan reputasi Jack.

Terdahulu, dalam artikelnya, Raja Petra mendakwa Jack bertemu dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama Tony Pua di Hong Kong baru-baru ini.

Raja Petra
Raja Petra Kamarudin

Alibaba juga bersedia mengambil tindakan perundangan terhadap Raja Petra sekiranya beliau tidak respon sehingga 1 April ini dan Raja Petra akur dengan memadamkan artikel berkenaan.

Dalam artikel tersebut Raja Petra mendakwa Jack memberitahu Guan Eng dan Tony yang China tidak lagi mempercayai Malaysia kerana kerajaan dikatakan tidak menghormati perjanjian. – MalaysiaGazette