Home Sukan Cahill bersara pada usia 39 tahun

Cahill bersara pada usia 39 tahun

Tim Cahill

LONDON – Kapten bola sepak Australia, Tim Cahill akhirnya mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya dalam bidang kejurulatihan.

SkySports melaporkan Cahill pernah bermain selama 15 musim di England untuk pasukan Millwall dan Everton.

Dia mengakhiri kerjaya antarabangsanya selepas menyertai Piala Dunia di Rusia tahun lalu.

Perlawanan terakhir yang disertai oleh penjaring tertinggi Australia dengan 50 gol itu adalah ketika menentang Lebanon, sebulan selepas menandatangani kontrak bersama Jamshedpur FC dari Liga Super India.

Selepas bermain untuk Everton dalam Liga Perdana Inggeris, Cahill menghabiskan tiga musim dengan pasukan New York Red Bulls dari Liga Utama Bola Sepak sebelum berpindah ke Liga Super China untuk menyertai pasukan Shanghai Shenhua dan Hangzhou Greentown. – MalaysiaGazette