BEIRA – Jumlah kes taun menular bandar pelabuhan Mozambique di Beira melonjak dari lima hingga 138 pada hari Jumaat.
Wabak itu merebak berikutan penyebaran penyakit daripada puluhan ribu mangsa yang terkorban akibat taufan Idai.
Cyclone Idai melanda Beira pada 14 Mac lalu menyebabkan bencana banjir dan membunuh lebih daripada 700 orang di tiga negara di tenggara Afrika.
Kawasan paling teruk dilanda banjir adalah Mozambique dan Zimbabwe.
Masih banyak kawasan tidak dapat dimasuki, sekali gus menjejaskan usaha menyelamatkan mangsa.
Meskipun kematian akibat taun masih belum disahkan di pusat-pusat perubatan di Mozambique tetapi sekurang-kurangnya dua mati di luar hospital dengan simpton kekurangan air dan cirit-birit, kata Menteri Alam Sekitar, Celso Correia.
Institut Pengurusan Bencana Kebangsaan Mozambique berkata, jumlah kematian akibat daripada monsun tropika itu melonjak kepada 493 berbanding 468 orang sebelum itu.
Manakala jumlah kematian merentasi Mozambique, Zimbabwe dan Malawi meningkat kepada 738 orang dan masih ramai hilang. – MalaysiaGazette