PRK RANTAU – Pakatan Harapan turun sebagai ‘underdog’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kali ini.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran mengakui Rantau bukan kerusi yang senang untuk dimenangi dan dirampas daripada BN yang suda lama menguasainya.
Bagaimanapun beliau tidak berputus semangat sambi menyifatkan peluang masih ada untuk melakukan perubahan dalam PRK kali ini.
“Syabas Dr. S. Streram kerana melawan sehingga habis-habisan di mahkamah dan kembalikan peluang bertanding menentang BN di Rantau.
“Walaupun sedemikian saya yakin masih ada ruang untuk kita berusaha gigih,” katanya kepada pemberita bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pemimpin lain PH di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Seri Sendayan selepas Penamaan Calon PRK DUN Rantau selesai pagi ini.
PKR diwakili Streram yang pernah dinafikan memasuki dewan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 24 April 2018.
Menteri Sumber Manusia itu bagaimanapun menasihati calon calon bertanding supaya mematuhi etika berkempen yang rasional dan bertanggungjawab untuk membantu rakyat.
“Kita percaya semua yang lawan PRK kali ini jangan gunakan bangsa dan agama semas mendekati pengundi,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette