Home Politik CEP: Beri ruang kepada Perdana Menteri

CEP: Beri ruang kepada Perdana Menteri

PADANG TERAP – Semua pihak harus memberikan ruang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menyelesaikan beberapa cadangan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) sebelum mendedahkan laporan itu kepada umum.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun pada prinsipnya Pakatan Harapan (PH) mahu laporan CEP itu didedahkan namun ada beberapa cadangan yang mana boleh dilaksanakan itu perlu dikenal pasti supaya dapat dijelaskan kepada rakyat.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sesi dialog bersama penoreh getah daerah daerah Padang Terap di Pengkalan Tok Mas, dekat sini, hari ini.-BERNAMA