Home Politik Banyak poster wajah saya akan hiasi Rantau selepas ini – Streram

Banyak poster wajah saya akan hiasi Rantau selepas ini – Streram

Calon PH, Dr. S. Streram bercakap kepada media selepas Program Ceramah Kelompok Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Kampung Seri Lalang, Rantau, Negeri Sembila. foto AFFAN FAUZI, 31 MAC 2019

PRK RANTAU – “Anda akan melihat lebih banyak poster yang mempamerkan wajah saya dalam beberapa hari lagi selepas ini,” kata calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau, Dr Streram.

Reaksi itu menyusul sebaik ditanya sama ada beliau sedar poster wajahnya sebagai calon kerajaan memerintah agak ditenggelamkan oleh kebanjiran poster calon pembangkang dari Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan.

Streram dengan tenang menjawab bahawa beliau memang menyedari hakikat itu dan menjelaskan jentera Pakatan Harapan (PH) yang ditugaskan sedang berusaha ke arah itu.

“Mereka semua sedar dan sedang menguruskannya ke arah itu.

“Saya perasaan poster wajah saya tak banyak berbanding Tok Mad.

“Mungkin hari-hari akan datang akan ada banyak poster yang mempamerkan wajah saya nanti dan saya tak bimbang dengan perang poster sekarang.

“Kita akan melaksanakan apa yang perlu untuk PRK kali ini,” katanya.

MGF31032019_HUMAN INTEREST PRK RANTAU_05
Bendera parti-parti politik berkibaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 31 MAC 2019

Ditanya bagaimana gerak kerja kempen yang memasuki hari kedua, katanya, semuanya berjalan dengan baik dan kepimpinan parti bekerja keras untuk mendekati pengundi dan meraih sokongan.

“Saya tengok kepimpinan atas ke bawah kerja keras pergi pujuk pengundi.

“Menurut mereka ada sokongan sangat kuat pengundi-pengundi kepada Pakatan Harapan kali ini,” tegasnya.

PRK pada 13 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamad Hasan,  Streram dan dua calon bebas, iaitu M. Malar, 51 dan bekas pensyarah maktab perguruan Raja Melewar yang juga ahli Amanah, Mohd Noor Yassin, 66.

PRK Rantau diadakan selepas Mohamad Hasan pada Februari lalu di Mahkamah Rayuan Putrajaya gagal mengenepikan keputusan mahkamah Pilihan Raya Khas Seremban yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Tok Mat di Rantau semasa penamaan calon padsa 24 April 2018 sebagai tidak sah dan terbatal. – MalaysiaGazette