Home Nasional Saksi pertama kes Najib beri keterangan

Saksi pertama kes Najib beri keterangan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir untuk bicara kes berhubung dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Saksi pertama, Akmaluddin Abdullah yang bekerja sebagai Penolong Pendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tampil memberikan keterangan sekitar 3.30 petang tadi.

Sebelum itu, Peguam Negara, Tommy Thomas memaklumkan mahkamah pihak pendakwaan bersedia memanggil saksi pertama.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal dengan pengakuan tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan yang dibacakan kepadanya serta mohon dibicarakan.

Difahamkan, seramai 63 saksi yang telah disenaraikan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan bersabit tujuh tuduhan terhadap Najib berhubung dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd, yang bermula sejak 2.15 petang tadi. -MalaysiaGazette