Home Ekonomi Brent hampir AS$70 setong

Brent hampir AS$70 setong

LONDON – Harga minyak naik untuk hari keempat pada hari Rabu, mendorong Brent melonjak ke arah paras tertinggi hampir lima bulan kepada AS$ 70 setong.

Kenaikan ini disokong daripada pengurangan bekalan oleh OPEC dan sekatan Amerika Syarikat telah mengatasi laporan yang menunjukkan kenaikan tidak dijangka dalam inventori Amerika Syarikat.

Niaga hadapan Brent naik 0.55 peratus kepada AS$69.75 pada 0900 GMT. Mereka sebelum ini mencecah AS$ 69.96 – yang tertinggi sejak 12 Nov, semasa ia didagangkan melebihi AS$ 70.

West Texas Intermediate mentah meningkat 0.32 peratus kepada AS$62.78, setelah mencecah AS$ 62.99, tertinggi sejak 7 Nov.

Peningkatan harga minyak pada tahun ini disokong oleh usaha Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu seperti Rusia, yang telah berjanji untuk mengurangkan bekalan sekitar 1.2 juta tong sehari.

Bekalan dari negara-negara OPEC mencecah paras terendah dalam tempoh empat tahun pada bulan Mac, menurut tinjauan Reuters minggu ini.

Pengeluaran minyak dari Rusia susut kepada 11.3 juta tong sehari minggu lalu, tersasar daripada unjuran negara di bawah perjanjian OPEC.

“Kami menjangkakan pengeluaran minyak mentah OPEC purata 30.1 juta tong pada tahun ini, susut dari 31.9 juta tong pada tahun lalu,” kata nota BNP Paribas.

Unjuran itu menurun sebanyak 200,000 berbanding jangkakan pada awal untuk tahun ini. – MalaysiaGazette

+ posts