Home Politik Hishammuddin mahu raih talian hayat politik

Hishammuddin mahu raih talian hayat politik

Rakyat disaran menggunakan minyak sawit dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian sebagai sokongan membantu kerajaan meningkatkan harga komoditi tersebut, kata Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hanya mahu meraih talian hayat dalam arena politik dan pada masa yang sama mahu mengambil kesempatan untuk kelangsungan UMNO.

Justeru itu menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bekas menteri itu berkata semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sekiranya berlaku gerakan menjatuhkannya dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kenyataan ini adalah salah satu percubaan meraih talian hayat politik beliau, kenyatan beliau kononnya desas-desus wujudnya gerakan dalaman jatuhkan Perdana Menteri jelas helah politik dan berasaskan survival politik UMNO khususnya PRK Rantau yang ditandingi pemangku Presiden.

“Bukanlah suatu yang sukar dibaca suara beliau langsung tidak didengari dalam siri-siri PRK sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Parlimen.

Timbalan Menteri Industri Utama menyifatkan tindakan Hishamuddin untuk mengganggu-gugat kesefahaman Pakatan Harapan adalah sia-sia.

“Satu fakta umum yang diketahui ramai Pakatan Harapan terang dan jelas menyokong Tun tanpa berbelah bagi dan melalui penegasan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang komited bekerjasama dengan Tun mengembalikan Malaysia ke landasan sebenar.

“Justeru usaha mengganggu gugat kesefahaman ini usaha sia-sia, saya menyarankan Hishammuddin bermuhasabah dan meneliti kapasiti beliau dalam UMNO dan tidak keterlaluan membina semula parti beliau,” ujar Shamsul.

Baru-baru ini bekas Menteri Pertahanan itu berkata, semua Ahli Parlimen BN akan berada di belakang Mahathir sehingga tamat penggal ini sekiranya wujud gerakan ‘menjatuhkan’ Perdana Menteri dalam PH.

Hishammuddin berkata, sokongan itu demi kestabilan negara dan ekonomi dan Mahathir perlu menjalankan tugasnya demi kepentingan rakyat. – MalaysiaGazette

+ posts