Home Politik Pertahan kerajaan telus, berintegriti demi survival Melayu

Pertahan kerajaan telus, berintegriti demi survival Melayu

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan 20 Tahun Keadilan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2019

SEREMBAN – Survival Melayu adalah dengan mengangkat pemerintahan pentadbiran kerajaan yang telus, berintegriti  memerangi rasuah dan kezaliman.

Dengan cara berkenaan sahaja takdir dan nasib orang Melayu akan terbela.

Manakala nasib dan masa depan Cina dan India serta kaum-kaum minoriti lain di negara ini akan sentiasa terlindung dan terpelihara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MGF04042019_KEMPEN CALON PH_49
Penyokong ketika hadir pada Sambutan 20 Tahun Keadilan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2019

Presiden PKR itu berkata, Islam tidak memberi sebarang jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah berdasarkan bangsa atau warna kulit tetapi segalanya berlandaskan keadilan.

Katanya, pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh berada dalam keadaaan keliru dan atas dasar itulah PKR sebagai parti berpendirian mempertahankan idealism dalam menentukan calon Rantau.

“PKR merupakan kenderaan dan parti untuk semua warga Malaysia dan untuk masa depan negara dan keahliannya masih majoritinya Melayu tetapi mewakili Melayu, Cina dan India manakala keahlian India dalam PKR lebih banyak berbanding keahlian MIC.

“PKR lagipun sejak 1999, PKR lantang memperjuangkan kemiskinan dan mereka yang berasa pro-kapitalis melampau dan tidak akan meletakkan rakyat dalam keadaan selesa.

“Isu kebudayaan mewujudkan keresahan rakyat maka kepimpinan parti harus melihat teguran itu secara positif dan mencari langkah untuk mengangkat kebudayaan dan bijak mengendalikan isu agama.

“Secara prinsip kita harus mempertahankan Malaysia sebagai agama rasmi disamping menolak ideologi terlampau dan harap semangat itu diteruskan serta menggilap identiti kita apatah tiada pemimpin yang terkecuali dalam usaha ini,’ ujarnya.

MGF04042019_KEMPEN CALON PH_46

Para penyokong melaungkan ‘Reformasi’ pada Sambutan 20 Tahun Keadilan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di Pekan Rantau, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 04 APRIL 2019Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata, reformasi harus diteruskan bermula daripada diri sendiri untuk berdepan cabaran dalam memujuk rakyat supaya memahami penipuan yang berleluasa dengan turun padang ke Rantau.

“Janganlah dijulang seorang manusia yang merompak negara kita, sebaliknya buat tugas anda yang diamanatkan sebelum memaklumkan orang apa yang dilaksanakan dan harus dibuat.

“Ketegasan pertama ialah menolak rasuah termasukkah mengheret dan hukum orang yang merompak negara ke mahkamah dan kini kita tidak lagi melihat reformis jati, tetapi penyokong BOSSku.

“Kita bukan hasut, fitnah atau dendam, tetapi mengemukakan fakta supaya pihak yang merompak kekayaan negara menjawab atas perbuatan jijik dan rakyat di luar menilai kejayaan kita berdasarkan janji asas.

“Di sini saya sedar akan kesukaran menunaikan janji itu dan saya sedia maklum ada yang dijanjikan kami dan menjamin di sini bahawa kita harus menggilap idealisme,” katanya.

Menurut Anwar kadang kala kita menjawab untuk segala isu berbangkit dengan cara tradisional dan lama tetapi rakyat tidak bersedia mendengar alasan tetapi mahukan penyelesaian.

“JIka orang tanya pencapaian terbaik saya, saya akan menjawab ia adalah meneruskan agenda reformasi, ini Rule of Law,” katanya lagi.

Tambah Anwar lagi, walaupun mereka adalah UMNO, MCA atau MIC, kami kerajaan tidak mahu menekan mereka kecuali mereka didapati melakukan salah laku maka akan didakwa di mahkamah.- MalaysiaGazette