PRK RANTAU – Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pandai mengurus hutang negara, lebih baik serahkan semula kepada Barisan Nasional (BN), sinis Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Perdana Menteri itu berkata semasa pemerintahannya, kerajaan hanya mencatatkan hutang RM686 bilion sementara 11 bulan pemerintahan PH, hutang negara terus melonjak kepada RM777.1 bilion.
“Mereka nak salahkan kerajaan BN sahaja, saya nak beritahu mereka kalaulah bangang sangat, kalau tak reti (tadbir) serahkan saja pada BN,” katanya dalam ceramah umum ‘Bossku’ bersama masyarakat India di Bandar Ekar, Rantau.
Katanya, semasa memegang tampuk pemerintahan, BN bersungguh-sungguh untuk mengumpulkan aset namun berbeza dengan PH yang rela menjual aset negara bagi membayar hutang negara.
“Di mana letakkan maruah Malaysia jual kepada orang lain buat apa, zaman saya kita usaha berusaha bersunguh, kita kumpul, kita cari aset, kita tambah, supaya generasi kita, anak muda kita yang keluar dari universiti akan dapat peluang pekerjaan dipersada antarabangasa kerana ini pelaburan Malaysia.
“Kalau tidak macam mana nak cari kerja, sebab itu hari ini menganggur banyak bila keluar universiti,” katanya di hadapan lebih 1,000 warga India dan pengundi BN.
Najib antaranya menyebut mengenai penjualan kepentingan oleh Khazanah Nasional Berhad sebanyak 16 peratus dalam penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan IHH Healthcare Berhad.
Jualan itu bernilai RM8.42 biĀlion diberikan kepada syarikat Jepun, Mitsui & Co. Ltd. (Mitsui).
IHH merupakan kumĀpulan hospital swasta terbesar di Asia yang mengendalikan 50 buah hospital dengan lebih 12,000 katil di sembilan negara termasuk Singapura, Malaysia, Turki dan India.
IHH memiliki rangkaian jenama hospital terkemuka seperti Mount Elizabeth, Gleneagles, Pantai, Parkway dan Acibadem merentasi Asia serta Eropah Timur dan Tengah. -MalaysiaGazette
biarlah orang tak pandai tadbir merintah. dia boleh bayar hutang ikut jadual daripada orang pandai tadbir dia akan buat hutang tak terkawal. marilah rakyat semua sokong orang tak pandai. tadbir . dia buat kerja dengan jujur. daripada pilih orang pandai tadbir dia tipu keliling .