Home Utama Saya terkilan hibah TH 1.25 peratus – Ka Siong

Saya terkilan hibah TH 1.25 peratus – Ka Siong

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berucap pada Sesi Town Hall Politik Malaysia Baharu di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 06 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini rasa terkilan apabila kerajaan mengumumkan hibah Tabung Haji (TH) 1.25 peratus – paling rendah dalam sejarah negara.

Walaupun beliau seorang bukan Islam, namun beliau rasa sedih apabila pendeposit TH juga adalah sebahagian pengundinya diberikan hibah jauh lebih rendah daripada bank.

“Semalam dengan perasaan pilu dan hiba atau sedihlah, saya terkilan sebagai rakyat bukan Islam, saya begitu ramai pengundi, hibah yang diberikan 1.25 peratus.

“Apa ini? Anak saya sejak kecil kalau masuk akaun Yeepi (Maybank) 2.5 peratus. Ini jauh lebih tinggi daripada pendeposit TH.

“Tengok 20 tahun ini apa sudah jadi..paling minimum pun 3.5 peratus, ada sampai sembilan peratus. Kenapa secara tiba-tiba 1.25 peratus?” soalnya pada Sesi Town Hall Politik Malaysia Baharu bersama pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ka Siong turut menyindir Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan lebih baik berbanding kerajaan terdahulu namun banyak inisiatifnya merugikan rakyat.

“Kenapa kerajaan dulu dikatakan teruk tapi mereka tetap boleh bayar. Itu persoalannya, sebab itu saya kata Malaysia apa pun boleh,” katanya lagi. – MalaysiaGazette