Home Nasional Hibah TH: Nak tipu untuk seronok atau tunai janji kita? – Anwar

Hibah TH: Nak tipu untuk seronok atau tunai janji kita? – Anwar

Bangunan Tabung Haji. foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2018.

PRK RANTAU – Kedudukan kewangan Tabung Haji mampu dipulihkan semula untuk kembali ke landasan terbaik dalam beberapa tahun akan datang.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perkara itu mampu dilaksanakan  pengurusan Tabung Haji dan agak mustahil untuk mereka merekodkan kerugian selepas ini.

“Saya yakin kalau pengurusan Tabung Haji baik, jadi dalam tempoh masa beberapa tahun saya yakin kita boleh pulih semula.

“Dalam berpuluh bilion itu kita boleh ada simpanan. Kalau kita dengan tegas menguruskan kewangan dan tidak curi tidak mungkin rugi berbilion ringgit dalam Tabung Haji dan Felda.

“Sebelum Felda diserahkan Najib Razak kepada Isa Samad, ia untung RM8 bilion. Kini kerajaan terpaksa memberi suntikan wang kerajaan,” katanya semasa berucap dalam perjumpaan bersama veteran tentera di Bandar Sendayan petang tadi.

Menurut Anwar, pada 2015 bekas gabenor Bank Negara pernah memberi amaran kepada kerajaan terdahulu supaya jangan mengambil wang pencarum untuk membayar hibah kerana ia berisiko membankrapkan Tabung Haji.

“Kalau bankrap tak boleh ambil wang pencarum untuk bayar dividen. Itu yang mana pada tahun 2017 mengalami kerugian RM4 bilion tetapi nak tunjuk kepada orang bagi mereka seronok.

“Pencarum gembira tetapi itu duit dia. Di bawah kerajaan baharu Tun M, kita tidak boleh berbuat demikian tipu akaun pencarum.

“Tetapi ada yang tak dapat hibah kata ‘hmmm dulu UMNO aku dapat 6 peratus sekarang terendah 1 peratus sahaja” ada berfikiran begitu.

“Sekarang kita ada pilihan sama ada kita nak tipu akaun supaya orang seronok atau hendak menunaikan janji kita (pulihkan),” tegasnya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus, terendah dalam sejarah