Home Nasional Anwar lebih baik berbanding Najib

Anwar lebih baik berbanding Najib

Isu peralihan kuasa mesti diselesaikan segera untuk menjamin keutuhan Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR – Meskipun pernah berseteru, Tun Dr Mahathir Mohamad beranggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
lebih baik berbanding Datuk Seri Najib Razak.

“Antara Anwar dan Najib, Najib lebih teruk berbanding Anwar,” katanya dalam satu wawancara dengan NST.

Malah, Perdana Menteri itu berkata, menggantikan Anwar dengan seseorang seperti Najib lebih mudah diterima berbanding membiarkan Najib terus berkuasa.

Sebab itulah, Dr Mahathir memilih untuk bekerja dengan Anwar, biarpun apa yang pernah berlaku antara mereka pada masa lalu.

“Saya fikir kerja sama kita adalah lebih penting, untuk menggantikan Najib daripada kita bertengkar kerana saya tahu jika kita tidak bekerjasama, Najib akan menjadi perdana menteri yang akan datang dan itu akan menjadi bencana bagi negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataannya bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

Dr Mahathir dan Anwar berseteru selama dua dekad selepas beliau memecat timbalannya pada tahun 1998.

Menjawab satu soalan, Dr Mahathir berkata, Anwar mampu mengekalkan Pakatan Harapan memandangkan Presiden PKR itu telah memimpin sebahagian besar parti pemerintah.

“Hakikatnya, Anwar adalah arkitek kepada Pakatan Rakyat. Sudah tentu, Pakatan Rakyat gagal kerana mereka tidak bersatu padu. Tetapi selepas kami bersatu, kami dapat bekerja lebih rapat,” katanya. – MalaysiaGazette