Home Nasional Rombakan: Tok Mad harap yang terbaik untuk MB Johor

Rombakan: Tok Mad harap yang terbaik untuk MB Johor

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir pada sesi sidang media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Rantau di BN Command Centre, Rantau, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 08 APRIL 2019

PRK RANTAU – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan yang terbaik kepada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

“Saya tidak dapat nak ulas, sebab itu negeri Johor. Saya jaga Rantau sahaja.

“Tidak ada sesuatu yang saya nak komen. Tapi saya ucapkan yang terbaik sahaja kepada beliau,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) BN hari ini.

Mohamad diminta mengulas mengenai berita mengenai rombakan yang akan berlaku dalam kerajaan negeri itu.

Malah ada desas-desus menyebut kedudukan Osman sebagai Menteri Besar turut terancam.

MGF16032019_MB JOHOR LAWAT PESAKIT10
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian

Dipercayai rombakan dalam kerajaan Johor akan dibuat tidak lama lagi tetapi masih tidak pasti jika perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Akhbarnya, Abdul Hakim Ab. Rahman, satu perkara biasa sekiranya ada pertemuan bersama Mahathir. -MalaysiaGazette