KUALA LUMPUR – Seorang pengamal perubatan tradisional mendakwa Acap masih hidup dan kini dalam ‘tahanan’ jin di kawasan sekitar Gua Tempurung.
Menurut individu yang mahu dikenali Kasawari Putih, jin yang menahan Acap itu orang bunian berupa seorang perempuan tua berdasarkan ritual yang dilakukannya secara jarak jauh.
“Empat hari lepas saya sudah beri amaran kepada dia (jin) untuk lepaskan Acap.
“Kalau tiada saya akan pergi ke Gua Tempurung. Saya sudah bagi masa lagi pada perempuan tua itu lepaskan Acap. Moga Allah membantu dan melindung Acap,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.
Dalam pada itu, Kasawari juga telah menasihati pasukan mencari jejak Acap perlu berzikir sepanjang mencari mangsa.
“Berzikirlah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan azan..Insya Allah Acap akan ditemui dan dilepaskan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Kasawari berpendapat, Acap ‘disukai’ golongan jin kerana mangsa seorang yang lurus dan ‘bersih’.
Pada 23 Mac lalu, Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan, 29, hilang selepas menyertai Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung.
Sebelum itu, serang pengamal perubatan Islam lain, Saad Jaafar juga mendakwa Acap ditahan jin di kawasan berkenaan dan kini dalam keadaan lemah.
Malah beliau mendakwa telah ‘membelasah’ jin tersebut dan mahu mereka ‘melepaskan’ Acap dari alam bunian ke alam nyata bagi menyelamatkannya.
Dalam masa yang sama, ada tular di media sosial mendakwa Acap belum ditemui kerana anak muda berusia 29 tahun itu enggan keluar dari alam berkenaan kerana menyukainya.
-MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: