Home Ekonomi Hutang negara bertambah lagi

Hutang negara bertambah lagi

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa membuat pinjaman sebanyak RM3.5 bilion pada minggu lalu.

Dengan pinjaman itu, kata Datuk Seri Najib Razak, hutang rasmi negara meningkat lagi kepada RM780.6 bilion setakat hari ini.

“Belum masuk RM82 bilion dijarah dari Petronas,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

“Untuk keseluruhan tahun 2017, jumlah pinjaman baru melalui bon dan sukuk kerajaan oleh kerajaan BN (Barisan Nasional) yang dituduh oleh PH sebagai boros adalah sebanyak RM40.7 bilion.

“Tapi Pakatan Harapan puji pandai dan berjimat hanya perlu sampai minggu pertama April sahaja untuk meminjam RM40 bilion lagi.

“Maka, bersama-samalah kita mencapai idaman hutang RM1 trilion dengan PH!,” sindir beliau la