KUALA LUMPUR – Kehidupan pelakon dan pengacara, Raja Farah yang menyepi daripada dunia hiburan terus terisi apabila dikurniakan anak lelaki kedua kelmarin.
Menerusi Instagramnya, Raja Farah atau nama sebenarnya, Raja Farah Raja Aziz, 31, memaklumkan bayi seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 6.15 petang.
“Saya melahirkan bayi ini secara normal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan yang tiada henti. Kami sangat menghargainya,” katanya.
Pelakon filem Gol dan Gincu itu turut berkongsi gambar bersama suami, Iskandar Ismail, 37, dan anak sulung mereka, Imran Iskandar, 3, serta bayi menerusi laman sosial itu untuk tatapan peminat.
Raja Farah dan Iskandar diijabkabulkan pada 6 September 2015. Ia adalah perkahwinan kedua pelakon Apa Kata Hati dan Aku Masih Dara itu. – MalaysiaGazette