SHAH ALAM – Biar bukan pakaian tradisi negara ini namun baju kurta yang berasal dari India kini mula menjadi pilihan ramai generasi muda untuk digayakan tidak kira waktu.
Dengan pelbagai corak dan warna yang lebih berani membuatkan kurta dengan sentuhan moden menjadi salah satu trend terkini.
Apatah lagi, generasi muda mula meminati baju kurta sebagai satu kelainan untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Menyedari kesempatan itu, Warisan Gemilang Grup turut memperkenalkan koleksi baju itu bagi penggemar fesyen di kalangan lelaki.
Pengarah Urusannya, Nor Azuwa Hashim berkata,koleksi kurta dengan jenama Larrez itu sempena Aidilfitri ini dihadirkan dengan menggunakan fabrik jenis kapas Osaka yang selesa dipakai dan tidak mudah berkedut.
Namun sebagai kelainan, jelas beliau kurta itu ditampal dengan kain pelikat agar nampak menonjol gaya si pemakainya.
“Kombinasi dua fabrik ini bagi memberi tarikan baharu selain menghargai warisan Melayu iaitu kain pelekat yang kini jarang di pakai anak muda.
“Potongannya pula masih mengikut bentuk badan yang kini menjadi pilihan golongan muda hari ini.
“Pada masa sama rekaan kurta ini tidak ditumpukan untuk dipakai pada Hari Raya sebaliknya ia merupakan kurta kasual yang boleh dipakai di mana-mana cara termasuk bekerja pada hari Jumaat,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Warisan Gemilang Grup beroperasi sejak 10 tahun lalu dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk katering sebelum berkembang mengeluarkan pakaian kurta.
Mengulas lanjut, wanita berusia berusia 46 tahun itu berkata, kurta rekaannya menampilkan kelainan apabila pembeli mempunyai pilihan untuk memakai kurta cekak musang atau teluk belanga.
Malah jelas beliau, kurta itu boleh diinovasikan apabila boleh dipakai untuk menghadiri acara rasmi atau mesyuarat.
Katanya lagi, kurta Larrez itu lebih menampilkan gaya kasual yang selesa dikenakan bersama seluar jeans untuk pelbagai acara.
“Kami hanya mengeluarkan 500 helai kurta sahaja untuk Aidilfitrri dan sambutan amat mengejutkan ketika majlis pelancarannya.
“Kami tidak mahu mengeluarkan kuantiti yang banyak kerana ingin mencuba pasaran dahulu selain menjaga kualiti kurta itu yang dikelaskan edisi terhad,” katanya sambil memberitahu butiknya berkolaborasi dengan pereka fesyen, Jimmy Maria Dealova.
Mengenai perancangan tahun 2019, Nor Azuwa pihaknya merancang untuk mengeluarkan lebih banyak koleksi pakaian tidak kira lelaki dan wanita seperti baju Melayu, baju kurung, jubah dan tudung.
Sementara itu kurta Larrez yang menawarkan pilihan lima warna itu disediakan bermula saiz S hingga XXL dijual pada harga RM129.
Bagi mereka yang berminat untuk membeli kurta ini atau menjadi ejen, boleh layari akaun Instagram atau Facebook Larrez. – MalaysiaGazette