KUALA LUMPUR – Sultan Johor meminta pihak tertentu jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri itu masih mempunyai seorang Sultan.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.
“Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti,” kata Sultan Ibrahim sambil memberitahu baginda kini berada di luar negara.
Meskipun begitu, baginda sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara melalui laporan-laporan semua pihak.
Johor kini menjadi tumpuan susulan pengumuman peletakan jawatan Datuk Osman Sapian kelmarin.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pagi tadi, Dr Mahathir berkata, pengganti Osman akan dilantik selepas pemilihan calon diputuskan tidak lama lagi. – MalaysiaGazette