Home Seni Hidup Pameran FASA 3.0 jadi perhatian peminat foto

Pameran FASA 3.0 jadi perhatian peminat foto

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed (tengah) mendegar penerangan dari salah seorang pensyarah Siti Norfatulhana Ishak (dua kanan) sambil diperhatikan oleh Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UiTM Puncak Alam, Prof Dr Ruslan Abdul Rahim (dua, kiri) dan Koordinator Program Jabatan Fotomedia Kreatif, Andrialis Abdul Rahman (kiri) ketika membuat lawatan pada Majlis Perasmian Pameran FASA 3.0 2019 'Academia Photography' di Falkulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Puncak Alam, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 09 APRIL 2019

SHAH ALAM – Kira-kira 1,500 pengunjung hadir sepanjang tiga hari penganjuran Pameran Fotografi Aspirasi Seni Annur (FASA 3.0) sejak 8 April lalu.

Ia diadakan di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam yang berakhir semalam.

FASA 3.0 kali ini menampilkan kelainan dengan penyertaan dan gabungan seramai 45 pensyarah Jabatan Fotomedia Kreatif UiTM dari pelbagai cawangan UiTM di seluruh negara yang mempamerkan 80 karya.

MGF09042019_FASA3.0_03.
Seorang pengunjung melihat karya-karya pada Pameran FASA 3.0 2019 ‘Academia Photography’ di Falkulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Puncak Alam, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 09 APRIL 2019.

Semasa merasmikan pameran itu, Rektor UiTM Selangor, Prof. Datuk Dr. Abu Bakar Abdul Majeed berharap program itu dapat diadakan setiap tahun.

MGF09042019_FASA3.0_05.
Seorang pengunjung melihat karya-karya pada Pameran FASA 3.0 2019 ‘Academia Photography’ di Falkulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Puncak Alam, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 09 APRIL 2019.

Baginya, ia merupakan peluang jurugambar mempamerkan karya masing-masing dan menanam minat pelajar jurusan fotografi UiTM dalam bidang yang sama.

MGF09042019_FASA3.0_04.
Antara pengunjung yang melihat karya-karya pada Pameran FASA 3.0 2019 ‘Academia Photography’ di Falkulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Puncak Alam, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 09 APRIL 2019.

Bagi memberi peluang kepada pelajar dan pengunjung yang hadir, penganjur FASA 3.0 turut menjemput jurugambar profesional bagi berkongsi pengalaman.

MGF09042019_FASA3.0_06.
Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed (duduk tengah) bersama Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UiTM Puncak Alam, Prof Dr Ruslan Abdul Rahim (duduk, tiga kanan) dan Koordinator Program Jabatan Fotomedia Kreatif, Andrialis Abdul Rahman (duduk, dua kiri) bergambar kenangan pada Majlis Perasmian Pameran FASA 3.0 2019 ‘Academia Photography’ di Falkulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Puncak Alam, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 09 APRIL 2019

Antaranya Sabki Md. Noh, Redzuan Md. Salleh dan Bustaman Mokhtar dari White Studio.

Ketua Jurufoto Bernama, Zid Omar juga berkongsi pengalaman dan ilmu fotografi dengan pelajar.

MGF09042019_FASA3.0_01.
Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor Prof Datuk Dr Abu Bakar Abdul Majeed (kanan) menerima cenderahti daripada Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UiTM Puncak Alam, Prof Dr Ruslan Abdul Rahim (dua kanan) sambil diperhatikan oleh Koordinator Program Jabatan Fotomedia Kreatif, Andrialis Abdul Rahman (kiri) pada Majlis Perasmian Pameran FASA 3.0 2019 ‘Academia Photography’ di Falkulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), Puncak Alam, Selangor. foto MALAYSIA GAZETTE, 09 APRIL 2019.

Selain itu, seramai 20 pempamer juga turut menyertai pameran dengan pelbagai jualan seperti cenderahati dari Falkulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Puncak Alam, mini studio dari Empire Photobooth, dandanan rambut Twolipdreadshoppe, jualan barangan terpakai dan gerai makan.- MalaysiaGazette