Home Nasional Hina Agong, polis diminta bertindak ke atas pemilik FB Sabah-Sarawak Merdeka

Hina Agong, polis diminta bertindak ke atas pemilik FB Sabah-Sarawak Merdeka

Laporan polis berhubung penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong yang dibuat oleh UMNO Bahagian Jerantut. pagi tadi.

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Jerantut membuat satu laporan polis terhadap penghinaan Yang di-Pertuan Agong oleh pemilik akaun Facebook Sabah-Sarawak Merdeka di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut hari ini.

Laporan itu dibuat oleh Datuk Nazri Ngah bersama-sama Ahli Jawatankuasa UMNO Jerantut.

Pemilik akaun itu didakwa telah memuat naik beberapa gambar yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

WhatsApp Image 2019-04-12 at 11.13.20
Nazri Ngah dan beberapa AJK UMNO Bahagian Jerantut hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut untuk membuat laporan polis berhubung penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong oleh pemilik Facebook Sabah-Sarawak Merdeka.

Nazri berkata, UMNO Bahagian Jerantut dan seluruh masyarakat berdiri penuh dan menyokong Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya terhadap mana-mana pihak yang menghina institusi Raja-Raja Melayu,” katanya.

Beliau mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook itu supaya memberi pengajaran kepada semua . – MalaysiaGazette

+ posts