Home Dunia Kemalangan selepas nampak labah-labah dalam kereta

Kemalangan selepas nampak labah-labah dalam kereta

Keadaan kereta yang dipandu seorang wanita yang panik selepas ternampak labah-labah. Sumber: Fox News

NEW YORK- Seorang wanita yang sedang memandu terbabas selepas mendapati seekor labah-labah berada di dalam keretanya.

Jabatan Polis New York Cairo berkata, pemandu yang tidak didedahkan namanya itu panik dan terbabas di Silver Spur Road.

Beliau patah kaki disebabkan kemalangan tersebut.

Selain polis, pasukan perubatan dan jabatan bomba tempatan segera bergegas ke tempat kejadian.

“Kami tahu perkara ini mudah bagi sesetengah pemandu tetapi tolong, cuba ajar pemandu-pemandu baharu dan anda sendiri untuk melawan ketakutan tersebut.

“Berhenti di tempat selamat terlebih dahulu.

“Nyawa anda bergantung kepadanya,” katanya polis.

Ini bukan merupakan kali pertama pemandu mengalami kemalangan akibat terkejut dengan serangga.

Di Singapura, seorang pemandu berusia 61 tahun terbabas apabila melihat seekor lipas di dalam keretanya.- MalaysiaGazette