Home Utama ECRL diteruskan, kos turun kepada RM44 bilion

ECRL diteruskan, kos turun kepada RM44 bilion

ECRL

KUALA LUMPUR- Projek kontroversi pembinan Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan oleh kerajaan apabila Perjanjian Suplemen (SA) di antara Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) dimeterai.

Bagaimanapun, kos pembinaan fasa satu dan dua projek berkenaan diturunkan kepada RM44 bilion.

Ia merupakan penjimatan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asal RM65.5 bilion.

“Penjimatan ini pastinya akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan mengurangkan beban kewangan negara.

“Butiran lanjut mengenai perjanjian ini akan diberikan semasa sidang media Isnin nanti,” kata kenyataan pendek Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Kenyataan itu menamatkan teka-teki projek berkenaan selepas ia ditanguhkan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: TERKINI : Rundingan ECRL Malaysia China Akan Dimuktamadkan! – Azmin Ali

ECRL dihidupkan semula

Guan Eng bayangkan berita gembira ECRL untuk penduduk N. Sembilan

Rundingan ECRL diputus sedikit masa lagi

 

 

+ posts