Home Seni Hidup Khai, Rosma dapat anak ketiga

Khai, Rosma dapat anak ketiga

Foto Instagram khai_rosma.

KUALA LUMPUR – Bekas peserta program Akademi Fantasia 1 (AF1), Rosma selamat melahirkan cahaya mata ketiga hasil perkongsian hidup dengan penyanyi Khai.

Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik, 34, melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Alya Dhania pukul
1.48 petang Rabu lalu.

“Syukur alhamdulillah, anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan dengan berat 2.8 kilogram.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dalam memudahkan urusan melahirkan anak ketiga kami,” tulis Khai di Instagram miliknya.

Khai yang juga bekas peserta AF1 memberitahu, kehadiran cahaya mata ketiga itu cukup bermakna apabila hampir dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka dan hari lahir Rosma
sendiri.

“Dalam bulan April ada tiga tarikh penting buat saya.
“11 April hari lahir Dhania, 16 April hari lahir Rosma dan 26 April merupakan hari ulang tahun perkawhinan kami,” jelas Khai.

Khai dan Rosma telah mendirikan rumah tangga pada April 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, 10 dan Nur Amani Damia, 5. – MalaysiaGazette