Home Nasional Azmin pantau kes kebakaran Kompleks Bersepadu Pengerang

Azmin pantau kes kebakaran Kompleks Bersepadu Pengerang

Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sedang memantau keadaan Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor yang terbakar awal pagi ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam ciapannya di Twitter hari ini berkata, Petronas dan pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian kebakaran serta letupan yang berlaku di kompleks itu.

Berdasarkan maklumat polis katanya, dua individu menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Terdahulu, Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan letupan dan kebakaran berlaku di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira pukul 1.25 pagi tadi.

Katanya, pasukan kecemasan dan kebakaran digerakkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian. – MalaysiaGazette