SENDAYAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya tidak ada kuasa untuk menghentikan aktiviti merayu undi, dan hanya boleh menasihatkan parti agar tidak melakukan aktiviti berkenaan.
Menurut pengerusinya, pihaknya hanya boleh memastikan agar aktiviti merayu undi tidak dilakukan kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.