SEREMBAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Mohamad Hasan berkata, beliau sangat gembira kerana sudah selesai mengundi hari ini.
Menurutnya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian hari ini.
“Saya berasa amat gembira tak terkata. Bila saya jumpa dengan pengundi mereka jadi turun di saluran 1 dan 2 ‘body language’ sangat bagus.
“Sambutan daripada masyarakat dan pengundi nampaknya amat baik sekali saya harap ini akan dicerminkan dalam kotak undi nanti untuk memberikan saya sekali lagi sebagai wakil kepada rakyat dan masyarakat DUN Rantau,” katanya di pintu depan pusat pengundian SJKC Chung Hua, sebentar tadi.
Mohamad tiba jam jam 8.20 pagi ditemani Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin bersama lima anak mereka.
Mengulas lanjut, Mohamad juga amat berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memudahkan proses pengundian bagi saluran satu.
“Beberapa penambahbaikan telah dibuat oleh pihak SPR hasil daripada maklum balas yang kita bagi.
“Saluran satu dan dua sudah senang nak pergi,kalau tidak dulu di atas dan susah orang nak naik guna kerusi roda.
“Ini satu penambaikan yang amat kita alu-alukan dan terima kasih kepada SPR kerana mengambil kira maklum balas yang telah pun kita bagi kepadanya, ” ujar beliau. -MalaysiaGazette