
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mengucapkan terima kasih kerana membantu kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana Dewan Undangan Negeri Rantau yang dipertandingkan semula hari ini kekal milik BN.
“Alhamdulillah Tok Mat selaku calon BN menang besar dengan majoriti 4,561 undi. Tahniah dan terima kasih pengundi Rantau..,” katanya.
Sementara itu, Datuk Ahmad Maslan turut berkongsi kegembiraan atas kemenangan BN mempertahankan kerusi tersebut.
“Alhamdulillah. Syukur kepada Allah,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi Rantau.
Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Rantau itu menyaksikan Mohamad mendahului dengan 10,397 undi, manakala Dr S Streram (PH) mendapat 5,887 undi selepas kesemua 56 peti undi dikira.
Sementara dua calon bebas, R. Malar dan Mohd Nor Yassin, masing-masing memperoleh 83 dan 79 undi. – MalaysiaGazette