
Beijing – Pegawai-pegawai kerajaan Jepun akan mengadakan rundingan dengan Beijing hujung minggu ini bagi meminta lebih banyak akses kepada pasaran China dan permintaan mereka itu akan dibantu oleh tekanan dari Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Delegasi yang diketuai Menteri Luar Jepun, Taro Kono bakal bertemu dengan diplomat tertinggi Vhina, Wang Yi dalam satu dialog ekonomi di sini hari ini.
Menurut sumber diplomatik yang terlibat di dalam merencana pertemuan tersebut berkata, masa yang dipilih untuk pertemuan tersebut dilihat memberi kelebihan kepada Jepun.
Katanya, rundingan perdagangan yang telah berlanjutan dengan AS memberi tekanan kepada China untuk menawarkan konsesi kepada kuasa lain seperti Jepun dan Kesatuan Eropah.
Beijing juga memerlukan sokongan daripada Kesatuan Eropah dan EU kerana mereka perlu mempelbagaikan pasaran dan menjadi pemimpin untuk meningkatkan perdagangan global.
Menurut sumber berkenaan, Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) yang diketuai China sedang meneruskan perancangan untuk mewujudkan sebuah perjanjian perdagangan bebas bagi ASEAN +3 (China, Jepun dan Korea Selatan).
“Di pihak China, mereka lebih berminat dan bersedia untuk membincangkan isu-isu seperti perlindungan harta intelek, penekanan kepada pemindahan teknologi dan pembukaan lebih luas pasaran China,” kata sumber yang enggan dinamakan kerana mereka tidak diberi kebenaran untuk bercakap perkara itu kepada umum.- Agensi