Home Sukan Lille sekat PSG julang piala awal

Lille sekat PSG julang piala awal

Hasrat kemenangan Ligue 1 lebih awal oleh PSG punah selepas dibelasah 1-5 oleh Lille dalam aksi semalam.

PARIS – Impian Paris Saint Germain untuk meraikan kejuaraan Ligue 1 lebih awal terkubur semalam.

Dalm aksi bertemu Lille semalam, gergasi Perancis itu dimalukan 5-1 oleh Lille.

Keputusan itu trnyata tidak dijangka langsung oleh PSG yang kaku selepas membolos lima gol.

PSG hanya memerlukan satu mata dalam aksi di Stade Pierre Mauroy untuk menjulang Piala Ligue 1 musim ini.

Bagaimanapun sambutan awal itu tertangguh ekoran kekalahan tidak dijangka kelab itu serta penyokongnya.

Lille yang mengejar PSG di tempat kedua carta liga membelasah juara bertahan itu dan pemain sasaran Nicolas Pepe antara yang merobek gawang gol PSG.

Kubu pertahanan PSG berjaya dirobek dengan gol pembukaan seawal lima minit di babak pertama menerusi Thomas Meunier yang menjaringkan gol ke gawang PSG sendiri.

Juan Bernat mengikat kedudukan 1-1 dan nasib bertambah teruk untuk PSG.

Thiago Silva terpaksa meninggalkan padang akibat kecederaan dan digantikan Thilo Kehrer.

Nasib Tuchel bertambah tenat selepas Meunier pula berdepan masalah kecederaan sebelum babak pertama tamat.

Moussa Diaby dibawa masuk menggantikannya.

Di separuh masa kedua, Pepe pula meletakkan Lille di hadapan dengan jaringannya sebelum Jonathan Bamba menyumbat gol ketiga.

Manakala Gabriel menanduk masuk gol keempat empat minit kemudian sekaligus menburukkan lagi keadaan PSG.

Gol kelima dijaringkan Jose Fonte sebelum memalukan PSG dengan keputusan 5-1.

Presiden Lille Gerard Lopez mengesahkan pada Ahad bahawa pemain sayap berusia 23 tahun itu akan meninggalkan Perancis akhir musim ini.

Arsenal dan Bayern Munich berminat untuk memulakan rundingan bagi mengikat khidmat pemain muda itu. – MalaysiaGazette