Home Nasional Walaupun dirinya difitnah, Najib puas hati ECRL diteruskan

Walaupun dirinya difitnah, Najib puas hati ECRL diteruskan

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan yang masih meneruskan projek pembinaan Landasan Rel Pantai Timur sedangkan projek itu menyebabkan Barisan Nasional dan dirinya difitnah.

Malah, disebabkan projek tersebut rakyat dipermainkan dan ditipu berulang-kali oleh Pakatan Harapan semasa menjadi pembangkang.

Dahulu, Najib berkata, Pakatan Harapan berkata, ECRL adalah projek membazir dan tidak diperlukan dan ECRL adalah projek jual negara kepada China.

Malah, kata bekas perdana menteri itu berkata, dahulu Pakatan Harapan menuduh bahawa kos sebenar hanya RM29 bilion dan yang selebihnya adalah rasuah.

Malah, sehingga ke satu peringkat Pakatan Harapan berjanji untuk membatalkan batal ECRL jika menang Pilihan Raya ke-14.

Bagaimanapun, sekarang Pakatan Harapan mengakui projek itu mampu membangunkan ekonomi negara, merapatkan negara dengan China.

Selain itu, ECRL diteruskan dengan kos RM44 bilion walaupun spesifikasi bilangan stesen telah dihapuskan dan jajaran ditukar untuk mengurangkan kos.

China turut diberikan 50 peratus kepentingan dalam syarikat konsesi ECRL berbanding dahulu projek berkenaan adalah 100 peratus milik Malaysia.

Walaupun begitu, dalam hantaran berasingan di Facebooknya, Najib berpuas hati ECRL diteruskan meskipun matlamat penting projek berkenaan tidak tercapai.

Ini kerana, matlamat penting untuk mengurangkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu di bawah 4 jam tidak tercapai lagi kerana laluan projek itu tidak sampai lagi ke Gombak,

“Tetapi saya tetap puas hati bahawa projek ECRL diteruskan demi kepentingan negara terutama untuk negeri-negeri pantai timur,” ujarnya. – MalaysiaGazette

+ posts