KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia merosot dalam sesi dagangan awal hari ini selaras dengan prestasi lemah semalaman di Wall Street.
Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.02 mata kepada 1,631.31, selepas dibuka 0.25 mata lebih tinggi pada 1,631.17.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 198 berbanding 142 manakala 235 kaunter lagi kekal tidak berubah, 1,313 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung. – MalaysiaGazette