Home Seni Hidup Zul Ariffin sembuh masalah bengkak pankreas

Zul Ariffin sembuh masalah bengkak pankreas

Foto Instagram Zul Ariffin

KUALA LUMPUR – Pelakon Zul Ariffin mengesahkan dia kini telah kembali sihat dan telah memulakan sesi latihan untuk filem terbaharunya, J Retribusi.

Menerusi Instagramnya, Zul memberitahu sepanjang dirawat sebelum ini, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk sukar berjalan tegak.

Pertengahan bulan lalu, pelakon berusia 32 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah bengkak pankreas.

“Rabak! First day training balik after 3 bulan sakit, masuk hospital, tak dibenarkan makan bermacam-macam makanan, telan berpuluh ratus ubat, tak boleh jalan tegak dan bermacam-macam lagi.

“Alhamdulillah berkat doa semua orang, i’m back.. now ada 3 minggu untuk train sebelum shoot film #JRetribusi #J2, 3 minggu untuk melantak power-power, 3 minggu untuk kena buli ngan trainer abang hot @ijamasri.

“Masuk set bulan Ramadhan dan bergasak sampai lebam!! Murtabak and ayam percik akan dijadikan motivation,” tulisnya. – MalaysiaGazette