Home Ekonomi MRL nafi dakwaan Najib

MRL nafi dakwaan Najib

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link (MRL) hari ini menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak mengenai projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL).

MRL menafikan dakwaan jarak ECRL dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa selama lima hingga enam jam.

Menurutnya, perjalanan itu adalah lebih kurang empaat jam sahaja.

Satu lagi, pihaknya berkata, kerajaan melalui MRL memiliki sepenuhnya ECRL.

“Usahasama (JV) di antara MRL dan CCCC hanya untuk tujuan operasi sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai kos asal ECRL adalah RM65.5 bilion termasuk RM10 bilion kos terowong Genting Highlands.

“Tanpa terowong, jumlah masih RM55.5 bilion dna pengurangan empat stesen sahaja tidak mungkin mengurangkan kos daripada RM55.5 bilion ke RM44 bilion,” kata kenyataan yang sama.

Maknanya, memang ada pengurangan kos yang signifikan hasil daripada rundingan semula. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

TERKINI : ECRL! Tiada ‘Advantage’ Masa Perjalanan Sama Naik Kereta – Najib Razak