WASHINGTON – Ivanka Trump mengesahkan telah menolak jawatan di Bank Dunia selepas bapanya bertanya sama ada dia berminat untuk bekerja di situ.
“Saya gembira dengan kerja sekarang,” kata Ivanka yang juga penasihat di White House.
Minggu lalu, Presiden Donald Trump memberitahu The Atlantic sama ada dia berminat untuk memegang jawatan sebagai ‘pegawai paling kanan’ kerana Ivanka ‘sangat bagus dengan nombor’.
Ivanka didakwa sebelum ini terlibat dalam pemilihan Presiden Bank Dunia, David Malpass.
Malpass adalah seorang ahli ekonomi.
Amerika Syarikat mempunyai hak untuk memilih Presiden Bank Dunia walaupun ia bukan secara rasmi.
Ditanya sama ada Trump menawarkan mana-mana pekerjaan penting yang lain, Ivanka berkata: “Biarlah rahsia antara mereka berdua”.
Dalam wawancara minggu lalu, Trump memberitahu, beliau ada beberapa peranan untuk anak perempuannya termasuk Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana percaya dia adalah seorang ‘diplomat semulajadi’.
Tetapi Trump telah diberi amaran berhubung tindakan itu kerana “mereka akan kata nepotism, sedangkan ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan nepotisme”. – MalaysiaGazette