KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) secara rasmi melantik Manzoor Azwira Abdul Wahid sebagai Ketua Jurulatih baharu bagi mengharungi baki saingan liga musim ini.
Menurut laman Facebook rasmi FA Penang Official, pelantikan itu berkuatkuasa pada hari ini.
Manzoor dipertanggungjawabkan untuk memulihkan dan memperbaiki mutu permainan pasukan Pulau Pinang pada perlawanan-perlawanan akan datang.
Jawatan Ketua Jurulatih skuad Liga Premier itu kosong sejak awal bulan lalu.
FAP membuat keputusan drastik apabila merehatkan ketua jurulatihnya, Ahmad Yusoff ekoran skuad Harimau Kumbang berdepan masalah prestasi dalam mengharungi Liga Perdana musim ini.
Selepas lima aksi liga, Pulau Pinang sekadar mencatat satu kemenangan seri sekali dan selebihnya kalah dan itu menyebabkan mereka berada di tangga kesembilan Liga Perdana. – MalaysiaGazette