PARIS – Penunjuk perasaan dan polis bertempur di sini – untuk minggu ke-23 pada hari Sabtu susulan demonstrasi jaket kuning selepas pihak berkuasa memberi amaran para perusuh akan kembali ke ibu kota Perancis untuk mencetuskan gelombang keganasan baharu.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaana yang memakai penutup kepala berwarna hitam membaling batu ke arah polis dan menghidupkan api serta membuang tin di tengah-tengah bandar ini.
Polis pula bertindak melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan.
Sebahagian polis turut bertindak bergerak ke arah para penunjuk perasaan untuk mengawal orang ramai dan dialihkan ke Paris ‘Place de la Republique, yang mana penunjuk perasaan berjaya dikawal pada lewat petang.
Sehingga 1200 GMT, sejumlah 9,600 orang terlibat dalam tunjuk perasaan di seluruh Perancis, termasuk 6,700 di Paris, kata kementerian dalam negeri.
Jumlah ini meningkat berbanding minggu lalu – yang disertai kira-kira 7,500 orang.
Angka itu lebih rendah berbanding 282,000 orang pada 17 November tahun lalu, hari pertama protes dilakukan oleh kumpulan jaket kuning.
Pejabat pendakwa raya memberitahu, seramai 110 orang telah ditahan.
Sebahagian penunjuk perasaan mempersoalkan limpahan sumbangan sebanyak 1 bilion euro daripada kalangan orang kaya dan syarikat besar bagi pembinaan semula katedral Notre-Dame yang terbakar.
“Berjuta untuk Notre-Dame, bagaimana dengan kami yang miskin. Semuanya untuk Notre-Dama, tiada untuk golongan miskin,” menurut plakad yang dibawa oleh penunjuk perasaan. – MalaysiaGazette