Home Seni Hidup Isteri, anak muncul dalam video muzik Hafiz

Isteri, anak muncul dalam video muzik Hafiz

Hafiz Suip kini popular dengan lagu Kisah Cinta Kita.

KUALA LUMPUR – Selepas agak lama tenggelam dalam industri hiburan tanah air, lagu Kisah Cinta Kita berjaya mengembalikan semula nama Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz Suip di persada hiburan tanah air.

Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali dan lirik oleh Datuk A. Aida semakin popular kerana lirik dan melodinya mudah melekat di jiwa.

Muzik videonya dilancarkan pada Jumaat lalu.
Namun apa yang mencuri perhatian adalah kemunculan dua insan istimewa dalam diri penyanyi bersuara lunak ini.

Insan yang dimaksudkan adalah isterinya Nureffy Jasreel dan anak comel pasangan ini, Muhammad Riyadh Zafri.

Cukup romantis, muzik video ini dirakam berlatarbelakangkan keindahan pasiran pantai dan kebiruan laut di Pulau Redang.

Ia hasil sentuhan kreatif  Khairul Hazwan selaku pengarah sementara pengarah fotografinya Suhaimi Yayanto.

Kisah Cinta Kita dikatakan mampu menaikkan kembali nama Hafiz ,malah ada yang kata penyanyi kelahiran Kuching ini bakal kembali meraih anugerah vokal terbaik.

IMG_0499
Kisah Cinta Kita merupakan single pertama Hafiz di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.

Penyanyi yang pernah tiga kali dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ini turut menzahirkan rasa gembiranya dengan penerimaan luar biasa peminat
terhadap single terbarunya ini.

Dia berkata, peminat memberikan maklumbalas yang sangat luar biasa sehinggakan ramai termasuklah rakan-rakan artis yang mahu nyanyikan lagu itu dengan versi mereka sendiri.

“Jumlah tontonan video lirik di YouTube sudah pun mencapai jutaan tontonan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan.

“Syukur Alhamdulillah, permulaan yang cukup baik buat kerjaya saya untuk tahun 2019 ni. Saya cukup berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk membawakan lagu ini,” katanya.

Penyanyi bersuara lunak ini sememangnya sinonim dengan genre balada, malah semua lagu hitsnya sebelum ini berpaksikan kepada genre tersebut antaranya Awan Nano, Bahagiamu Deritaku, Ku Akui, Noktah Cinta, Matahari dan lagu duetnya Ombak Rindu” bersama Adi

Kali terakhir Hafiz menerbitkan single pada tahun 2018 menerusi lagu berentak pop rancak berjudul Hari Ini Dalam Sejarah.

Sementara itu, Kisah Cinta Kita merupakan single pertama Hafiz di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.

Sejak dimuatnaik di saluran YouTube Nova Music Videos pada 18 Februari lalu, video itu sudah pun mencapai tontonan melebihi 5 juta. – MalaysiaGazette