SEOUL – Rangka manusia yang dipercayai milik salah seorang daripada mangsa feri karam di Kepulauan Jindo telah ditemui.
Feri itu karam pada 16 April 2014 dan mengorbankan seramai 304 orang penumpang yang kebanyakannya kanak-kanak.
Mayat sembilan penumpang feri itu masih belum ditemui.
Feri yang tenggelam di dasar laut itu berjaya ditarik dan kini sedang ditunda ke pelabuhan.
Pegawai Korea Selatan berkata, rangka manusia itu terpelanting dari tingkap di bilik penumpang semasa kerja-kerja membuang air dalam feri berkenaan.
“Enam rangka manusia ditemui sepanjang empat hingga 18 sentimeter panjang.
“Kita tidak pasti sama ada rangka itu milik seorang atau beberapa mangsa,” kata Lee Cheol-jo, pegawai di Kementerian Laut dan Perikanan.
Ujian DNA ke atas rangka itu akan dijalankan. Feri itu dijangka tiba di Pelabuhan Mokpo minggu ini.
Sembilan mayat mangsa yang masih belum ditemui terdiri daripada empat kanak-kanak sekolah, dua orang guru serta sepasang suami isteri serta anak mereka. – MalaysiaGazette