Home Dunia China larang rakyatnya ke Sri Lanka

China larang rakyatnya ke Sri Lanka

Anggota keselamatan mengadakan sekatan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang lagi selepas kejadian pengeboman gereja dan hotel mewah di Sri Lanka pada Sabtu lalu. foto Agensi

BEIJING – Kedutaan China di Sri Lanka mengeluarkan amaran kepada warga negaranya supaya tidak mengembara ke Sri Lanka dalam jangka masa terdekat ini.

Ia susulan lapan pengeboman yang berlaku di gereja-gereja dan hotel-hotel mewah di seluruh negara semasa Easter Sunday.

Sekiranya warga China masih mahu ke Sri Lanka, ia adalah sukar bagi kedutaan untuk memberikan bantuan yang berkesan memandangkan “risiko keselamatan yang besar”, kata kedutaan China dalam satu kenyataan di laman webnya. – MalaysiaGazette