SEGAMAT – Seramai 61 pesakit Hospital Segamat di sini dipindahkan ekoran kebakaran di Wad 3 di sini petang tadi.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, kebakaran berlaku di bilik linen dan pesakit terbabit dipindahkan ke dewan dan wad-wad lain.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, daripada 61 pesakit terlibat seramai 45 pesakit dari Wad 3 manakala selebihnya dari Wad 4.
“Langkah itu ambil sebagai tindakan berjaga-jaga sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara tidak dijangka atau tidak diingini,” katanya di sini hari ini.- MalaysiaGazette