LONDON – Manchester United dikatakan sudah mengenalpasti penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak sebagai pengganti David De Gea.
Akhbar tabloid Sukan di England The Sun mendakwa bintang muda itu disenaraikan sebagai calon terbaik menggantikan De Gea jika dia memilih untuk meninggalkan Old Trafford pada akhir musim ini.
De Gea, 28, masih mempunyai baki 15 bulan dalam kontrak bersama the Red Devils dan belum menandatangani kontrak baharu.
Laporan di Theatre of Dreams mendakwa bintang Sepanyol itu menuntut gaji mingguan 400,000 pound untuk kekal dalam pasukan Man United.
Menchester United dikatakan tidak bersedia menjual pemain itu tetapi sanggup melepaskannya sekiranya tawaran tunai agak lumayan diterima dari kelab lain.
Sejak beberapa bulan lalu pemain berkenaan melakukan beberapa kesilapan besar melibatkan beberapa perlawanan penting termasuk aksi Liga Juara Juara Eropah.
Pengurusan tertinggi Old Trafford dikatakan sudah menyediakan senarai panjang merekrut pemaion baharu bersama Ole Gunnar Solskjaer akhir musim ini.
Oblak secara statistik antara penjaga gol terbaik dunia dan disenaraikan sebagai calon terbaik mengambil alih tempat de Gea di Old Trafford.
Laporan mendakwa pemain 26 tahun itu sejak menyertai Atletico Madrid pada tahun 2014 sehingga kini telah merekodkan 115 perlawanan tanpa bolos daripada 203 perlawanan.
Beliau baru-baru ini menandatangani kontrak sehingga tahun 2023 yang mengeluarkan klausa pelepasan sebanyak 87 juta pound.
Pemain itu mungkin menelan perbelanjaan 100 juta pound yang dijangka hadir menerusi jualan David de Gea.- MalaysiaGazette