KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter telah berlaku di Lahad Datu pada 6.26 pagi tadi.
Pusat gempa bumi terletak di 4.8° Utara dan 118.5° Timur, 25 kilometer dari Timur Laut dari Kunak, Sabah.
Gegaran mungkin dirasai di kawasan Lahad Datu.
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan
memaklumkan maklumat yang terkini. – MalaysiaGazette