SINGAPURA – Harga minyak mentah naik melepasi AS$75 setong buat kali pertama pada tahun ini ketika sekatan ke atas Iran ditingkatkan.
Niaga hadapan Brent melonjak kepada AS$75.01 setong pada hari Khamis selepas berada pada paras AS$74.90 setong pada pukul 0705 GMT, naik AS$0.33 daripada harga penutup.
West Texas Intermediate (WTI) pula didagangkan pada harga AS$65.94 setong, naik AS$0.05 daripada harga akhir.
Para pedagang berkata, Brent menerima sokongan pada hari Khamis daripada pemberhentian eksport minyak Rusia ke Poland dan Jerman melalui saluran paip kerana kebimbangan kualiti.
Amerika Syarikat minggu ini mengatakan akan menamatkan semua pengecualian untuk sekatan terhadap Iran, menuntut negara menghentikan import minyak dari Tehran dari Mei atau menghadapi tindakan.
Capital Economics telah menyemak semula unjuran semula harga minyak mentah daripada AS$50 setong kepada AS$60 setong.
Keputusan Amerika Syarikat untuk menamatkan eksport minyak Iran menjadi sifar tiba di tengah-tengah pengurangan bekalan oleh OPEC dalam usaha menaikkan harga.
Harga Brent telah meningkat hampir 40 peratus sejak Januari. – MalaysiaGazette