LONDON – Pemain tengah Eden Hazard bakal muncul menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi di Eropah sekiranya dia berpindah dari Chelsea ke Real Madrid musim baharu kelak.
Penyerang The Blues itu sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol yang mana pemain antarabangsa Belgium itu bakal menamatkan spekulasi tersebut penghujung musim ini.
Hazard berminat untuk meninggalkan Stamford Bridge selepas jarang diturunkan dalam perebutan untuk merebut kedudukan empat terbaik liga.
Chelsea sedia melepaskan Hazard dengan nilai perpindahan 100 juta paun (RM534 juta) sebaik sahaja tamat musim ini.
Real dilaporkan telah menawarkan Hazard gaji lumayan iaitu 400 ribu pound seminggu selepas cukai (RM2.1 juta) atau kira-kira 20 juta pound setahun.
Hazard menjadi pemain utama Chelsea musim ini dengan menjaringkan 16 gol dan membantu jaringan 13 dalam 34 perlawanan liga.
Sejak menyertai Chelsea dari Lille pada tahun 2012, pemain berusia 28 tahun ini telah merangkul dua trofi liga, satu piala FA, Piala Liga dan Liga Europa. – MalaysiaGazette