KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi.
Ia merangkumi:
- Pontian Kecil, Johor
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
- Menara Alor Setar, Kedah
- Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
- Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
- Esplanade Luak, Miri, Sarawak
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
- Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
- Menara Kuala Lumpur
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis
Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette