Home Nasional Polis wanita cedera, pemandu e-hailing ditahan

Polis wanita cedera, pemandu e-hailing ditahan

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, mayat wanita berumur lingkungan 30-an itu ditemui oleh seorang wanita yang merupakan pemilik premis pada jam 6.30 petang.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing ditahan selepas terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan seorang anggota polis wanita cedera dalam kejadian di Jalan Changkat Raja Chulan, di sini, tengah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Rudy Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam itu, sepasukan anggota polis bermotosikal sedang menjalankan rondaan operasi pusat hiburan di kawasan Changkat Bukit Bintang.

“Ketika melalui hadapan sebuah bangunan di lokasi kejadian, sebuah kenderaan jenis Perodua Alza telah berhenti secara mengejut sebelum seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu.

“Seorang anggota polis wanita tidak dapat mengelak sebelum melanggar pintu belakang bahagian kiri kereta yang dibuka itu.

“Pelanggaran itu menyebabkan anggota terbabit terjatuh dan mengalami kecederaan patah jari tengah di tangan kanannya serta dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rudy berkata, pemandu lelaki itu kemudiannya keluar dari kereta lalu menjerit-jerit terhadap penumpangnya dan menyuruhnya membayar ganti rugi kereta, kerosakan motosikal dan juga kecederaan anggota polis tersebut.

Pemandu itu kemudiannya menafikan kesalahannya iaitu berhenti secara mengejut dan tidak memberi isyarat sebelum menurunkan penumpang.

“Polis cuba menenangkan keadaan dan pemandu terbabit diarah untuk memberikan kad pengenalan untuk rekod pemeriksaan, namun dia tidak memberikan kerjasama,” katanya.

Susulan kejadian itu, pemandu berusia 40-an itu ditahan dan permohonan reman akan dibuat hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya. – Bernama