KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat saranan Senator Nga Hock Cheh supaya kerajaan menggugurkan status kaum dalam kad pengenalan sebagai pandangan peribadi anggota DAP itu.
Beliau berkata, saranan tersebut juga tidak mewakili Pakatan Harapan.
“Isu itu bukan isu pokok. Selesaikan dahulu isu ekonomi tapi kalau dia nak bercakap kita tak boleh larang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan dan Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Kelantan, hari ini.
Hadir sama Pengerusi PH Kelantan Datuk Husam Musa dan Pengerusi MPN PKR Kelantan Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor.
Saranan Hock Cheh itu disanggah oleh Senator Megat Zulkarnain yang mengingatkan beliau dan rakan-rakannya supaya tidak sesekali membangkitkan sensitiviti seumpama itu, lebih-lebih lagi perkara yang sudah dipersetujui sejak sekian lama. – MalaysiaGazette
Samalah mcm orang umnok dapat permit bawa masuk 6.3 juta pati dlm malaysia.